Friday, March 6, 2009

love is like that or this?

semalam aku kira hari yang paling teruk dalam hidup aku sebab aku tak tau nak buat apa pun, aku nangis, berhenti dan menangis lagii. aKu terasa bagai hidup aku ini sudah tak ada gunanya lagi.
sampai saat aku perlu sedar apa yang aku lakukan betul atau tidak aku masih terus menangis mengenal diriku sendiri, mengingati dirinya.
betulkah aku cemburu dengan kekasihnya?
benarkah aku tak rela melepaskan dia pergi dari diriku?
sepanjang malam mendung aku, aku asyik teringat akan dirinya,
kenapa dia buat aku begini?
kenapa dia bukan untukku lagi?

tolong beritahu aku kalau benar aku bukan untuknya........

cinta itu rahmat,
kasih itu nikmat,
ciuman itu azimat,
sayang itu keramat.

Saturday, February 28, 2009

its that what we calling love?

hari itu,
kononnya aku langsung taknak tegur dia,
sebab aku nak dia tahu aku boleh okey tanpa dia,
aku nak dia tahu aku berusaha untuk hidup tanpa dia,
tapi...
hari itu...
lain ceritanya,
aku tgk dia..
hati aku seakan-akan dipanggil untuk mendekatinya,
aku memaksa diri untuk menahan rasa..
biarlah kali ini hati aku terseksa kerna 'begini'..
namun...
melihat wajahnya..
melihat lirikan aneh dia pada aku...
apatahlah hati ini seakan diseru-seru oleh dirinya,
aku terdiam seketika...
pagi itu rupanya aku masih merinduinya..
aku masih ingin menghabiskan waktuku yang ada...hanya untuknya...
kerna,
siapa tahu...
mungkin tiada esok lagi untuk kami bercanda tawa..
mungkin tiada esok lagi untuk kami bercerita..
mungkin juga tiada hari lagi untuk kami bersua..

adakah ini yang kita namakan sebagai cinta?
ataupun ini hanya satu perasaan suka..
diantara aku dan dia....


1 for me,
2 for you,
how can i tell you,
that you the only one..

Monday, February 16, 2009

Kerna CINTA aku hampir jatuh dan terus tersungkur...

satu ketika dulu,
aku pernah terleka dalam pelukannya,
aku pernah terbuai dengan kata-kata cintanya,
dalam ketika itu,
aku terebah hanya kerana dia juga,
aku tak rela untuk bangun dan berjaga dan tak ingin maju lagi,


apa logiknya,aku disuruh mara dan jangan pandang kenangan lagi,
aku hanya insan biasa, ada kalanya aku tak bisa untuk melupakan cerita itu,
aku tak bisa untuk menutup mata dari sebuah memori itu,
apa yang dia rasakan...
apa yang dia cuba sembunyikan?
aku rinduu pada renungan cintanya,
aku rindu dengan kata-kata romantisnya,
kalau boleh aku tak ingin terjaga dari pelukannya,
kalau boleh aku tak ingin melepaskan pegangan ini...
tapi aku bukan untuknya,
aku bukan ditakdirkan untuk hidup dan mati bersamanya,


wahai angin.. aku tak ingin berhenti mencintai dia...


Tuesday, February 3, 2009

semalam dan hari ini..

benarlah kata orang..
ada antara kes yang :cinta itu suatu yang susah untuk ditemui..
walaupun tanpa kita sedari orang itu sebenarnya dekat saja dengan diri kita...
ada pula: cinta itu hanyalah satu mainan, untuk kepuasan nafsu dan perasaaan...
ada juga yang kata: cinta itu sekadar satu cinta yang hanya sementara, hanya sekadar untuk mematangkan fikiran.
tapi kenapa ada juga yang hampir tak berdiri lagi hanya kerana cinta yang punah di separuh jalan...
dan kenapa pula bila kita sudah menemui cinta kita , perlahan-lahan dia berlalu pergi..

Monday, February 2, 2009

yi, er, san , si, wu, liu... wo te nan pengyou zai nali?

yi, er, san , si, wu, liu...
wo te nan pengyou zai nali?
zai nali? zai nali?
wo te nan pengyou zai nali?

salahkah bila aku katakan yang CINTA itu selalu tak tetap pengertiannya,
ada yang kata cinta itu , bila kita merasa tak ingin langsung kehilangannya walau sesaat...
ada yang kata cinta itu, tak akan timbul sedikit pun penyesalan atas setiap pengorbanan yang dihulurkan... samaada ianya wajar ataupun tak...
ada juga yang kata cinta itu, tak akan mungkin berpaling mencari yang lain...
ada juga yang kata cinta itu, sesuatu yang boleh dibiarkan datang dan pergi berulang kali...
dan sebagainya..
kenapa banyak sangat pengertian cinta di dalam kehidupan kita ini,
sampai aku kira ramai yang confuse mana satu yang boleh mereka tafsirkan dengan CINTA yang hadir dalam kehidupan ini...

jadi macam mana boleh kita katakan kita jatuh cinta kalau kita sendiri tak tau bagaimana nak katakan yang kita telah jatuh cinta?

fikir-fikirkan... wo ai ne..

wo te nan pengyou zai nali...........?


Saturday, January 24, 2009

aku temui CINTA , tapi tak kesampaian...

hari ini dalam seumur hidup aku aku rasakan aku telah menemui cinta yang aku cari sendiri, tapi dalam tak sedar rupa2nya dia bukanlah tercipta untuk aku, aku mengambil masa yang lama untuk mengatakan perasaan aku padanya, kerana waktu yang tak sesuai dengan keadaan kami tika itu. sampai satu saat bila aku rasa aku sudah berpeluang untuk luahkan pada dia rupanya dia bukan tercipta untuk aku. bagaimana untuk aku luahkan kesedihan di hati ini? aku bingung dengan diri sendiri bila berhadapan dengannya--- kau sahabat baikku.... bagaimana cara untuk kau baca hatiku...

Saturday, January 17, 2009

apa ertinya CINTA...

cinta
aku sudah berkali menghadapinya. sampai aku rasa cinta ini terlalu banyak pengertiannya. ada kalanya, kita akan gembira bila dengan cinta, ada waktunya kita akan berasa sedih dan kecewa dengannya. Tanpa kita sedar , sedikit demi sedikit cinta banyak mengajar kita tentang kehidupan. Siapa yang dapat bertahan dengan dugaan cinta? kenapa ada kalanya semuanya putus ditengah jalan? mungkinkah kerana sudah jemu dan mungkinkah juga perasaan cinta yang diagungkan punah setelah perasaan cinta mati? apakah sebenarnya pengertian cinta buat kita? sekadar mengisi masa remaja atau untuk menentukan masa hadapan?